Sunday 6 December 2015

Kasihanilah PALESTIN :(

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksudmalapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar ‘Ominous Declaration’ (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin. Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi. Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan. Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad. Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.
         
Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi. Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M). Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M). Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.
        
Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis – ia adalahbumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana. Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dantanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.
         
Rasulullah bersabda, “ diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan). Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan MikrajFirman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)
Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.
        
Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam? Sesungguhnya Palestin milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat. Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama Ayuh bangkit membantu!


Friday 4 December 2015

Apa itu SUHAKAM?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.
Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003
Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Selain penglibatan aktif Malaysia dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing.
Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Musa telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas.Beberapa faktor telah mendorong cadangan ini: semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara; penglibatan aktif Malaysia dalam sistem Bangsa-Bangsa Bersatu; suasana dan kepekaan politik di samping kemajuan yang dicapai masyarakatnya. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, tujuh negara Asia, termasuk dua dari ASEAN – Indonesia dan Filipina – sudahpun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan masing-masing, manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk mengambil langkah yang sama.
Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-Undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang Undang-Undang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik.
Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan. Bagi membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan.
SUHAKAM memulakan operasinya di sebuah kabin kontena di Kementerian Luar Negeri sebagai pejabat sementara. Suruhanjaya akhirnya menyewa premis sendiri di Tingkat 29 dan 30 di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan berpindah kesana pada 24 November 2000. Bangunan itu dipilih kerana lokasinya di tengah-tengah bandaraya dan mudah pula dikunjungi oleh orang awam. Pada Januari 2011, Suruhanjaya telah berpindah ke premis baru di tingkat 10, 11, 12 dan 13 di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Wednesday 16 September 2015

No SABAH, No MALAYSIA

Hai semua especially to the Sabahan!!!! Siapa orang Sabah sini tolong angkat tangan? Okay sudah, saya nampak juga tu kamu angkat tangan. Hahaha tiada la, joking! Jangan marah ah. Mesti ada yang tanya kenapa saya share post ne dari media sosial as facebook, twitter and instagram. Okay, let me explain. As one of the Sabah citizens, saya ada buat observation tentang hak-hak kita yang tidak kena ambil kira or diabaikan oleh pihak kerajaan. I am pretty sure ada juga Sabahan yang tidak puas hati tentang cara orang-orang Sabah kena layan oleh kerajaan kan? Not to say yang kerajaan ni tidak bagus, no. Kerajaan ni bagus cuma ada kekurangan and berlaku masalah berat sebelah when it comes to the Sabahan, right? So, blog ne saya dedicate untuk orang Sabah yang sering kali kena tindas oleh government, tidak kira lah dari segi education, jobs, or services.

As one of the Malaysian, kita orang Sabah juga ada hak dalam pendidikan. We often heard that orang Sabah yang apply IPTA for foundation, matriculation or degree memang ramai yang kena reject even though they got straight As in their previous exam such as SPM and STPM. WHY?! KENAPA?! Adakah orang Sabah tidak layak mempunyai pendidikan yang tinggi sama seperti orang yang tinggal di semenanjung? Adakah orang Sabah tidak layak untuk mengubah hidup mereka? Adakah keputusan cemerlang yang dicapai tidak mencukupi untuk melayakkan mereka menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi? Haa, cuba fikirkan.

Selain pendidikan, peluang pekerjaan bagi orang Sabah sememangnya sangat tipis tidak kira dari aspek perindustrian, perkilangan, pelancongan atau pun pengeluaran. Mostly ramai penduduk Sabah yang bekerja di sektor swasta berbanding sektor kerajaan kerana mereka tidak diberi peluang untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menikmati faedah yang telah diberi kepada pekerja sektor kerajaan seperti faedah pinjaman bank dan faedah perubatan. Satu persoalan di minda, adakah rakyat Sabah tidak layak diberi keutamaan dalam sektor kerajaan walaupun kebanyakkan hasil yang disumbang kepada negara adalah hasil titik peluh rakyat Sabah?

Last but not least, servis atau perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Sabah adalah sangat tidak memuaskan. Sering kali kita dengar tentang perasaan tidak puas hati yang disuarakan oleh penduduk Sabah kerana diberikan servis yang sangat teruk oleh pekerja yang bukan dari Sabah hanya kerana mereka berasal dari Sabah. Mereka beranggapan bahawa rakyat Sabah hidup seperti katak di bawah tempurung yang telah ketinggalan zaman. Mereka mewujudkan satu stereotaip dimana rakyat Sabah masih tinggal di atas pokok, tidak mempunyai bekalan elektrik dan makan menggunakan daun pisang. Stereotaip ini telah membawa kepada perasaan tidak hormat terhadap orang-orang Sabah dan sekaligus perkhidmatan yang diberikan agak teruk. Saya juga pernah mengalami situasi seperti ini dimana hak kita sebagai seorang pengguna ataupun sebagai salah seorang rakyat Malaysia telah didiskriminasikan.

As one of the Malaysians, or to be precise, one of the Sabahan, saya ingin menegaskan bahawa kita juga mempunyai hak kita masing-masing. Kerajaan atau sesiapa pun tidak mempunyai hak untuk menarik keistimewaan itu daripada kita. Bagi rakyat Sabah yang masih tidak sedar dan hanya berdiam diri tentang hak mereka, saya berharap anda membuka minda anda and stand for your rights! Don't be a coward in your own land because as far as I know, there will be no Malaysia if Sabah is not there to complete the squad, am I right? So, saya telah senaraikan sedikit hak asasi kita sebagai orang Sabah dengan harapan anda semua terdedah tentang hak masing-masing. Saya juga ada meletakkan video yang bertajuk "We are the world" dengan harapan kita semua dapat menjadi satu dalam semua aspek tanpa melihat kepada bangsa, agama, negera dan negara. Terima kekurangan orang maka orang akan menerima kekurangan kita. Thank you!

  • HAK MENDAPAT PENDIDIKAN DI SEKOLAH/UNIVERSITI SELURUH MALAYSIA
  • HAK MENDAPAT PELUANG BEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN/SWASTA
  • HAK MENEDAPAT PERKHIDMATAN YANG BAIK SEBAGAI PENGGUNA
  • WALAUPUN TIADA BANTAHAN TERHADAP ISLAM MENJADI AGAMA RASMI MALAYSIA, AGAMA RASMI TIDAK ADA DI BORNEO UTARA DAN PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN ISLAM MENGIKUT PELEMBANGAAN MALAYA HENDAKLAH TIDAK MERANGKUMI BORNEO UTARA.
  • BAHASA INGGERIS HENDAKLAH MENJADI BAHASA RASMI BORNEO UTARA, UNTUK SEMUA TUJUAN BAIK PADA PERINGKAT NEGERI MAHUPUN PERSEKUTUAN TANPA HAD TEMPUH
  • KAWALAN KEMASUKAN ORANG KE MANA-MANA KAWASAN DI MALAYSIA DARI LUAR ADALAH TERLETAK DI BAWAH KUASA KERAJAAN PUSAT TETAPI KEMASUKAN KE BORNEO UTARA PERLU MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN NEGERI. KERAJAAN PERSEKUTAN TIDAK BOLEH MENGHALANG KEMASUKAN ORANG KE BORNEO UTARA UNTUK TUJUAN KERAJAAN NEGERI KECUALI ATAS SEBAB KESELAMATAN.BORNEO UTARA HENDAKLAH MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK TERBATAS BAGI MENGAWAL PERGERAKAN ORANG-ORANG DARI KAWASAN-KAWASAN LAIN DI MALAYSIA KE DALAM BORNEO UTARA, SELAIN DARIPADA YANG BEKERJA DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DI BORNEO UTARA.
  • BORNEO UTARA HENDAKLAH BERHAK MENGAWAL KEWANGAN TABUNG PEMBANGUNAN DAN TARIFNYA SENDIRI.


LIRIK LAGU :

There comes a time
When we hear a certain call
When the world must come together as one
There are people dying
And it's time to lend a hand to life
The greatest gift of all
We can't go on
Pretending day by day
That someone, somehow will soon make a change
We are all a part of
God's great big family
And the truth, you know love is all we need

We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

Send them your heart
So they'll know that someone cares
So there cries for help
Will not be in vein
We can't let them suffer
No we cannot turn away
Right now they need a helping hand
Nou se mond la
We are the Children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

When you're down and out
There seems no hope at all
But if you just believe
There's no way we can fall
Well, well, well, well, let us realize
That a change can only come
When we stand together as one

We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
Got to start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me
We are the world
We are the children
It's for the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving

There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we make a better day
Just you and me

We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
Choice were making
Saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

We all need somebody that we can lean on
When you wake up look around and see that your dreams gone
When the earth quakes we'll help you make it through the storm
When the floor breaks a magic carpet to stand on
We are the World united by love so strong
When the radio isn't on you can hear the songs
A guided light on the dark road your walking on
A sign post to find the dreams you thought was gone
Someone to help you move the obstacles you stumbled on
Someone to help you rebuild after the rubble's gone
We are the World connected by a common bond
Love the whole planet sing it along

Everyday citizens
Everybody pitching in

Nou se mond la
Nou se timoun yo

You and I
You and I
Uh, 12 days no water
Wishing will to live
We amplified the love we watching multiply
Feeling like the Worlds end
We can make the World win
Like Katrina, Africa, Indonesia
And now Haiti needs us, the need us, they need us

Haiti, Haiti, Ha, Ha, ha, ha, ha
Haiti, Haiti, Ha, Ha, ha, ha, ha
Haiti, Haiti, Ha, Ha, ha, ha, ha

Ulasan Lagu :
   Jika kita benar-benar menghayati lagu diatas, sudah pasti kita akan mengalirkan air mata. Hal ini kerana lagu tersebut membawa erti dan maksud yang sangat besar kepada kita semua di muka bumi ini. Setiap manusia di muka bumi ini harus mempunyai hak yang sama dan kerajaan tidak seharusnya bersikap pilih kasih atas semua rakyat. Mereka mempunyai hak untuk bersuara, hak beragama, hak mendapat pendidikan dan hak-hak asasi manusia yang lain. Jika di lihatkan pada situasi pada zaman dahulu dan sekarang, hak rakyat Sabah dan Sarawak sering kali terabai dan tidak diambil perhatian. Apabila sesebuah negeri itu menghadapi kesulitan dan kesusahan, negeri jiran ataupun kerajaan yang mentadbir negara itu seharusnya mengambil tindakan dan tidak membiarkan masalah itu serig berlaku Sama seperti lagu diatas, apabila negara Afrika dan Indonesia mengahadapi masalah, seluruh dunia seharusnya menghulurkan bantuan kepada negara Haiti untuk meringankan beban mereka, Oleh itu, setiap manusia haruslah mempunyai sifat perikemanusiaan agar hak asai manusia dapat terpelihara. Sekian, terima kasih.